Salam, Hello, Hai, Annyangheseyo.....
jangan pernah berputus asa, kerana perubahan itu akan terjadi beransur-ansur. Kita akan menghadapi banyak rintangan yang melemahkan semangat, maka jangan biarkan ia menguasai diri kita.perubahan yang bagaimanakah yang kita mahu?
ke arah kebaikan atau sebaliknya...pastinya kearah kebaikan.right!! aku juga begitu ingin kan sebuah perubahan dalam hidup aku ngan family aku. perubahan yang mendatangkan kebaikan. namun seringkali aku mencuba untuk melakukan perubahan itu, sering kali juga aku akan jatuh tersungkur. sehingga aku rasa tiada guna lagi untuk aku terus mengharapkannya. tapi bila aku jumpa bait2 kata di atas aku sedar yang aku tak patut berputus asa macam tu je. aku perlu bekerja keras. aku perlu kuat semangat. aku pasti bpleh lakukannya. teruskan berazam ieja. dan aku tahu untuk melakukan sebuah perubahan itu kita perlu membuka sebuah pintu yang penting dalam hidup kita. iaitu HATI. pintu yang paling susah untuk di buka adalah hati. kerana di situ bersarangnya SYAITAN. membuka pintu HATI ini ibarat membuka sebuah pintu yang paling besar, disebalik pintu itu ada tiupan angin. kita berusaha untuk membuka pintu itu perlahan-lahan. dan kita tersenyum kerana pintu itu sudah berjaya di buka sedikit, namun tiba-tiba angin yang kencang menderu ke arah pintu. kita yang tidak bersedia menghadapi angin itu terkejut lalu terdorong bersama pintu yang sudah kembali tertutup rapat. kita pula jatuh tersungkur diatas debu-debu yang selama ini kita ingin tinggalkan. disitulah kita mula berasa putua asa apabila pintu yang berjaya kita buka sedikit, tertutup kembali. mungkin ada yang dah mencuba berkali-kali tapi tidak berjaya. percayalah dengan azam yang kuat, dengan tekat yang kental, satu hari pintu itu pasti akan terbuka luas dengan senang. asalkan kita jangan sesekali berputus asa. percayalah akan bantuan untuk kita merentangi angin itu jika kita bersedia menahannya. percayalah pada ALLAH yang MAHA MEMBANTU,......
No comments:
Post a Comment